Tuesday 17 February 2015

Percutian ke Krabi

Percutian ke Krabi ni dah lama dirancang since Oct 2014 sebab nak dapat tiket murah. Lamekan? Semua Mrs I uruskan sendiri je. Maklumlah Mr S askar. So kenalah buat permohonan bagai untuk ke luar negara. Wow. Oversea tu. So percutian ni bermula 12 Jan - 15 Jan 2015. Habis cuti sebab nak tiket murah punya pasal. hu3

PASSPORT
Make sure passport masih hidup sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh. Nak buat passport sekarang pun senang je. Pergi UTC siap tak sampai satu hari pun. Sekarang harga passport RM200 untuk 5 tahun. Dah tak ada untuk 2 tahun lagi.

TICKET FLIGHT
Ticket flight ni Mrs I cari guna Airasia je. Duk usha2 and review blog2 orang dapat dalam RM100 lebih pergi balik dah kire okay la tu. Cuma boleh je dpt lagi murah. So Harga tiket Mrs I dapat RM 522 termasuk breakfast, tax, and baggage 20kg untuk dua org. Okay la kan.
HOTEL
Mrs I book melalui booking.com je. xperlu bayar pape and boleh cancel before date yg dia bg tanpa ape2 charge. Mrs I book hotel Golden Moon Aonang. Hotel ni baru je operate Dec 2014. So tak salah cubakan. Actually macam2 Hotel Mrs I dah book tapi bila baca review orang len cepat2 cancel and cari hotel lain. hu3. So far Alhamdulillah. Selesa untuk hotel Budget siap ada balcony. Harga untuk 4Hari 3Malam THB 4050 termasuk breakfast ye.
Comelkan

Sempat Mr S bersnooker sambil tunggu untuk Check-In
TOUR PAKEJ
Mrs I tak amik mana2 pakej kat Malaysia pun sebab kat sana berlambak kat tepi2 jalan Aonang. Rajin survey and paling penting kena pandai tawar.

AIRPORT TRANSFER
Disebabkan Mrs I review blogger2 harga teksi THB 60 kat sana untuk ke Aonang. So Mrs I sewa kereta dari http://www.krabishuttle.com/ je. Harga THB 120 pergi dan balik dari Aonang. Siap ada wifi okay ^^
Inilah kereta sewa kami
SEWA MOTOR
Okay disebabkan Mr S ni "rajin sangat", so kami menyewa lah motor kat sana dari hotel je. THB 20-25 untuk sehari. Tapi kena letak passport sebagai deposit/cagaran ye.
Utamakan Keselamatan. Xperlu pakai helmet pun

Next entry Mrs I kan cerita aktiviti yg Mrs I and Mr S buat disana ye ^^

No comments:

Post a Comment